Kajian Albert Bandura

Teori pembelajaran dan kognitif sosial

Rencana–rencana utama: Teori pembelajaran sosial dan teori kognitif sosial

Fasa awal kajian Bandura adalah berdasarkan analisis asas-asas pembelajaran manusia serta kecenderungan kanak-kanak dan dewasa untuk menuruti perilaku yang diperhatikan seperti agresi. Beliau mendapati bahawa model-model tertentu adalah penting dalam pembelajaran tingkah-tingkah laku baharu serta penerimaan perubahan perilaku. Pada 1980-an, kajian Bandura mula menjadi lebih menyeluruh dan kajian-kajian beliau mula cenderung kepada pembinaan huraian yang lebih mendalam berkenaan kognitif manusia berdasarkan pembelajaran sosial, menyebabkan teori yang dikembangkan beliau daripada teori pembelajaran sosial menjadi teori kognitif sosial, dan beliau mengubah nama teori tersebut pada 1986.[10]

Pada 1961, beliau melakukan uji kaji patung Bobo yang menampakkan kesan pemerhatian model kepada pembelajaran tingkah-tingkah laku diri. Uji kaji ini menjelaskan kesan pemerhatian terhadap tingkah laku orang dewasa kepada tingkah laku kanak-kanak. Maklumat-maklumat ini diguna pakai dalam implikasi tertentu seperti kesan media berunsur ganas terhadap kanak-kanak.[11]

Teori Bandura ini memberi kesan terhadap bidang pendidikan dalam kalangan pelajar serta guru. Teori ini boleh diguna pakai dalam pemupukan motivasi dan pembelajaran para pelajar dan guru.[12][13] Berdasarkan konsep efikasi kendiri, para pelajar dan guru yang memiliki efikasi kendiri yang tinggi akan menetapkan matlamat-matlamat yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk memupuk sikap dedikasi yang lebih besar untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut.[14] Dalam hal ini, efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan para pelajar dan guru untuk melakukan tingkah-tingkah laku yang membolehkan mereka untuk mencapai suatu matlamat.[15]

Rujukan

WikiPedia: Albert Bandura http://www.gg.ca/document.aspx?id=15922&lan=eng http://psychology.about.com/od/historyofpsychology... http://search.marquiswhoswho.com/profile/100002238... http://www.paloaltoonline.com/obituaries/memorials... http://www.des.emory.edu/mfp/BanduraAutobiography2... http://www.des.emory.edu/mfp/banconversion.html http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p067495044 http://www.amacad.org/publications/BookofMembers/C... http://isni.org/isni/0000000109311188